UUM tangguh pendaftaran pelajar

UUM menangguhkan proses pendaftaran pelajar baharu dan lama secara fizikal bagi kemasukan Oktober 2020 susulan peningkatan kes Covid-19. (Gambar kecil: Hendrik Lamsali) - Foto ihsan UUM
UUM menangguhkan proses pendaftaran pelajar baharu dan lama secara fizikal bagi kemasukan Oktober 2020 susulan peningkatan kes Covid-19. (Gambar kecil: Hendrik Lamsali) - Foto ihsan UUM
A
A
A

SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) menangguhkan proses pendaftaran pelajar baharu dan lama secara fizikal bagi kemasukan Oktober 2020 susulan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di Malaysia khususnya di Kedah.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Profesor Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, penangguhan tersebut berkuatkuasa sehingga satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Menurutnya, pihaknya mengambil maklum kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 2 Oktober 2020 mengenai Penangguhan Pendaftaran Secara Fizikal atau Bersemuka Pelajar IPT Kemasukan Oktober 2020.

"Susulan itu pihak universiti bersetuju untuk menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar sehingga ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak," katanya dalam satu kenyataan semalam.

ARTKEL BERKAITAN: Penangguhan sesi pendaftaran pelajar IPT tidak dapat dielak

Hendrik berkata, langkah berkenaan diambil dalam memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar dan staf UUM terjamin.

Tambahnya, universiti tersebut sebelum ini telah mengambil langkah proaktif sejak Februari lalu dengan pelaksanaan kelas menggunakan mod pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara 'remote learning'.

"Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, kesemua mereka boleh terus kekal berada di kampus dan pihak universiti akan membantu dari segala aspek dalam memenuhi keperluan yang diperlukan mereka.

Artikel Berkaitan:

"Minggu Suai Kenal (MSK) pelajar baharu pada 7 dan 8 Oktober 2020 akan diteruskan seperti biasa seperti yang dijadualkan sebelum ini iaitu secara dalam talian.

"Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) juga akan berjalan mengikut jadual secara atas talian mulai 11 Oktober 2020. UUM juga mematuhi setiap SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan KPT bagi mencegah penularan wabak ini seterusnya memastikan UUM kekal selamat," katanya.