KBS hormati keputusan Kizierowski

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (berdiri, tengah) bergambar bersama pelajar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan Majlis Sukan Negara (MSN) di UiTM, hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menghormati keputusan bekas perenang Olimpik, Bartlomiej Kizierowski yang menolak tawaran sebagai jurulatih renang kebangsaan susulan dasar Malaysia melarang atlet Israel memasuki negara ini.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata KBS tidak berhak mempertikaikan keputusan Kizierowski yang berbuat demikian atas pendiriannya.

"Kita hormati pilihan dia (menolak tawaran), saya telahpun berhubung dengan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dan kita masih ada jurulatih kebangsaan yang akan mengambil alih (tugas beliau) buat masa ini... sambil kita mencari jurulatih yang lain kita ada pilihan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kizierowski yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya Khamis lepas yang mengesahkan keputusan tidak menerima pelawaan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) sebagai jurulatih renang susulan larangan atlet Israel memasuki Malaysia.- Bernama

Artikel Berkaitan: