'Siapa yang nak kalah 7-2!'

Jurgen Klopp
Jurgen Klopp
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp percaya pasukannya kehilangan rentak yang mengakibatkan kekalahan besar 2-7 kepada Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park awal pagi tadi.

Menurutnya, Villa bijak menghidu kelemahan pasukannya dan turut bermain baik menggagalkan setiap gerakkan yang mahu diatur The Reds.

"Ya, saya nampak dan saya percaya dengan kekalahan besar ini. Perkara pertama adalah Villa bermain sanggat baik. Mereka bijak dan pantas jauh dan jauh lebih kuat daripada kami hari ini.

"Kami ada peluang yang sangat banyak untuk jaringkan gol selain menguasai perlawanan, tetapi kami tidak gunakannya. Kami membuat banyak kesilapan dan sudah tentu kesilapan itu sangat besar. Ia bermula dengan gol pertama dan seterusnya kami tidak mampu bangkit dan membiarkan lawan mencipta lebih banyak gol.

"Kami juga banyak hilang bola di kawasan yang tidak sepatutnya dan gagal mengawal dengan baik. Saya lihat pasukan kehilangan rentak selepas ketinggalan 1-0 di awal babak perlawanan.

"Selain itu, ada tiga gol lawan yang terbias pemain kami. Ia memang bukan hari terbaik tetapi tiada siapa yang perlu dipersalahkan dalam kekalahan ini," katanya.

Kekalahan tersebut menjadi sejarah buruk buat Liverpool yang tewas dengan keputusan 2-7 sejak kali terakhir dialami mereka ketika menentang Tottenham Hotspur pada tahun 1963.

Selain itu, Liverpool juga menjadi juara bertahan pertama yang bolos tujuh gol dalam 67 tahun terakhir menyamai catatan yang dibuat Arsenal ketika tewas kepada Sunderland pada 1953.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama, Klopp turut memuji ketajaman yang dipamerkan penyerang Villa, Ollie Watkins yang meledak hatrik dalam perlawanan tersebut.

"Aston Villa hebat dan Watkins sangat 'wow'. Sudah tentu jika anda memberikan bola kepada Jack Grealish dalam pertarungan satu lawan saya dia akan menyempurnakan dengan baik.

"Perkara (kekalahan) ini sudah terjadi. Siapa yang nak kalah 7-2? Beberapa tahun lalu kami bertekad untuk mencipta sejarah, namun kami mencipta sejarah yang salah," katanya.