Risiko, pulangan, kunci asas pelaburan

Sekiranya anda gemarkan aktiviti berisiko tinggi, anda mungkin seorang yang berani mengambil risiko tinggi dalam pelaburan
Sekiranya anda gemarkan aktiviti berisiko tinggi, anda mungkin seorang yang berani mengambil risiko tinggi dalam pelaburan
A
A
A

Adakah anda pernah mengambil risiko dalam kehidupan? Risiko bermaksud anda membuat keputusan yang mungkin memberi kesan positif atau negatif dalam hidup anda.

Sebagai contoh, anda membuat keputusan untuk tidur lewat kerana ingin menonton filem kegemaran, sedangkan anda tahu ia mungkin menyebabkan anda terlewat bangun dan seterusnya terlewat ke sekolah.

Dalam pelaburan pula, risiko dan pulangan ialah dua konsep penting yang saling berkait rapat iaitu secara umum - nya, lebih tinggi risiko, lebih tinggilah peluang untuk memperoleh keuntungan.

Dalam kamus pelaburan, risiko ialah apabila ada kemungkinan pelabur memperoleh pulangan kurang daripada yang diharapkan atau hilang modal pelaburan atau bahasa mudahnya menanggung kerugian.

Apabila hendak melabur, anda perlu membuat kajian terlebih dahulu kerana setiap instrumen pelaburan mempunyai risiko dan pulangan yang berbeza.

Sebelum melabur, tanya pada diri anda sama ada anda sanggup kehilangan modal dalam pelaburan berkenaan dan apakah pulangan yang anda harapkan

Jika anda tidak suka mengambil risiko, ini bermakna anda adalah pelabur yang pasif dan lebih sesuai melabur dalam instrumen pelaburan berisiko rendah seperti deposit tetap dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Sebaliknya, jika anda suka mengambil risiko, apabila dewasa kelak boleh memilih untuk melabur dalam pasaran saham.

Artikel Berkaitan:

Ini kerana pelaburan dalam pasaran saham membabitkan risiko memandangkan ia mempunyai volatiliti yang agak tinggi dan pelabur boleh kehilangan modal pada bila-bila masa.

No Image Caption



Bagaimanapun, pasaran saham juga menjanjikan pulangan tinggi kerana anda berpeluang menerima keuntungan modal jika harga seunit saham meningkat dengan banyak dan juga dividen sekiranya syarikat mencatat keuntungan.

Sementara itu, risiko melabur dalam unit amanah harga berubah boleh dikatakan sederhana kerana harga seunit tabung unit amanah hanya berubah sekali hari, berbanding pasaran saham yang harga seunit saham boleh berubah sekelip mata sepanjang tempoh urusniaga.

Sama seperti pasaran saham, pelabur unit amanah juga berpeluang memperoleh keuntungan modal jika harga seunit tabung meningkat dan menerusi dividen yang diberikan tabung berkenaan.

Pulangan yang tinggi akan membolehkan anda membina kekayaan dengan lebih pantas, namun ia juga bermakna anda perlu meluangkan lebih banyak masa untuk memantaunya untuk meminimumkan kerugian dan memaksimumkan pulangan.

Sebelum membuat keputusan pelaburan, buat kajian, tetapkan matlamat dan kenalpasti risiko dan pulangan yang berkait rapat dengan instrumen yang menarik perhatian anda supaya kelak pelaburan yang dibuat tidak menyebabkan kerugian.

Untuk maklumat lanjut sila klik pautan www.asnb.com.my