Liverpool, MU berkongsi derita jadi mangsa belasahan

Kekalahan 2-7 kepada Aston Villa menjadi sejarah buruk buat Liverpool.
Kekalahan 2-7 kepada Aston Villa menjadi sejarah buruk buat Liverpool.
A
A
A

PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool diaibkan Aston Villa 2-7 dalam aksi di Villa Park, awal pagi tadi.

Mimpi buruk skuad kendalian Jurgen Klopp itu bermula seawal babak pertama lagi apabila Villa mendahului empat gol menerusi hatrik oleh Ollie Watkins dan satu gol oleh John McGinn, sementara Liverpool membalas menerusi gol Mohamed Salah.

Pada babak kedua, Villa menambah derita skuad The Reds dengan jaringan Ross Barkley dan dua gol Jack Grealish.

Liverpool hanya mampu menambah satu gol sekali lagi menerusi Salah pada minit ke-59.

Kekalahan tersebut menjadi sejarah buruk buat Liverpool yang tewas dengan keputusan 2-7 sejak kali terakhir dialami mereka ketika menentang Tottenham Hotspur pada tahun 1963.

Reaksi pemain Liverpool selepas diaibkan Aston Villa 2-7 dalam aksi di Villa Park, awal pagi tadi.
Reaksi pemain Liverpool selepas diaibkan Aston Villa 2-7 dalam aksi di Villa Park, awal pagi tadi.

Selain itu, Liverpool juga menjadi juara bertahan pertama yang bolos tujuh gol dalam 67 tahun terakhir menyamai catatan yang dibuat Arsenal ketika tewas kepada Sunderland pada 1953.

Berkongsi nasib sama, Manchester United turut dimalukan Tottenham Hotspur 1-6 dalam aksi di Old Trafford.

Artikel Berkaitan:

United terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penalti oleh Bruno Fernandes pada minit kedua sebelum Spurs bangkit dengan dua gol menerusi Tanguy Ndombele dan Son Heung-min.

Penyerang berbisa Spurs, Harry Kane kemudian membawa Tottenham unggul 3-1 pada minit ke-30 sebelum Heung-min sekali lagi mencatatkan namanya selaku penjaring tujuh minit kemudian untuk memastikan pasukan pelawat mendahului 4-1 berakhir babak pertama.

Pada babak kedua, The Lilywhites terus mempamerkan belang mereka menambah dua gol menerusi Serge Aurier dan Kane untuk kemenangan besar ke atas skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu.