Pasar Pagi Penaga mungkin ditutup

Noorzainy (kiri) ketika meninjau pematuhan SOP di Pasar Pagi Penaga pagi hari ini.
Noorzainy (kiri) ketika meninjau pematuhan SOP di Pasar Pagi Penaga pagi hari ini.
A
A
A

KEPALA BATAS - Polis tidak menolak Pasar Pagi Penaga mungkin ditutup berikutan kegagalan pihak penganjur memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemantauan hari ni mendapati penganjur gagal mengawal selia keadaan dan pengunjung di pasar pagi selain tiada laluan keluar masuk yang sesuai disediakan.

“Terlalu banyak lorong kecil yang boleh dimasuki pengunjung malah tiada penjarakan fizikal antara peniaga dan pengunjung.

“Kita mengeluarkan dua kompaun terhadap penganjur atas kesalahan di bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No 8) 2020,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Noorzainy melakukan pemantauan Pasar Pagi Penaga hari ini.
Noorzainy melakukan pemantauan Pasar Pagi Penaga hari ini.

Menurutnya, operasi pemantauan pematuhan SOP itu turut dilakukan bersama tentera, Angkatan Pertahanan Awam dan anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Katanya, KKM turut mencadangkan penutupan tapak Pasar Pagi Penaga manakala MBSB akan mengambil tindakan bagi membuat permohonan penutupan kepada pihak berkenaan.

Artikel Berkaitan: