The Hammers lebur rekod tanpa kalah The Foxes

Aksi Antonio (tengah) ketika melakukan percubaan ke arah penjaga gol, Leicester City, Kasper Schmeichel (kiri) pada aksi di Stadium King Power.
Aksi Antonio (tengah) ketika melakukan percubaan ke arah penjaga gol, Leicester City, Kasper Schmeichel (kiri) pada aksi di Stadium King Power.
A
A
A

HAJAT Leicester City untuk mengekalkan rentak positif saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak kesampaian apabila dibelasah West Ham United 3-0 pada aksi di Stadium King Power sebentar tadi.

Skuad Rodgers Brendan yang tampil dengan rekod bersih dalam tiga perlawanan sebelum ini terlebih dulu dikejutkan hasil jaringan Michail Antonio minit ke-14 sebelum Pablo Fornals menambah derita The Foxes dengan gol kedua pada minit ke-34.

Bersambung babak kedua, anak buah David Moyes tampil lebih garang pada penghujung babak perlawanan apabila meledak gol ketiga pelawat menerusi Jarrod Bowen pada minit ke-83.

Kemenangan itu membolehkan The Hammers mengumpul enam mata selepas mengharungi empat perlawanan manakala The Foxes kekal dengan sembilan mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Artikel Berkaitan: