Rakyat tak boleh lalai walaupun Malaysia diiktiraf WHO

Rakyat Malaysia tidak boleh lalai dan seronok walaupun Malaysia diiktiraf WHO sebagai negara yang berjaya mengawal pandemik Covid-19. - FOTO SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
Rakyat Malaysia tidak boleh lalai dan seronok walaupun Malaysia diiktiraf WHO sebagai negara yang berjaya mengawal pandemik Covid-19. - FOTO SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia tidak boleh lalai dan seronok walaupun Malaysia diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara yang berjaya mengawal pandemik koronavirus (Covid-19) kerana virus ini masih wujud dalam komuniti.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Proesorf Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata, pada satu ketika negara telah hampir bebas daripada Covid-19, tetapi kealpaan masyarakat terhadap virus yang tersembunyi di dalam komuniti itu memungkinkan ia merebak semula.

"Walaupun kita diiktiraf WHO sebagai negara yang berjaya mengawal pandemik ini, tetapi kita tak boleh seronok, tak boleh lalai. Rakyat kena faham virus ini masih ada dalam komuniti dan ia bukan tugas mudah untuk atasi (Covid-19)," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sikap rakyat yang alpa terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka dan kegagalan mematuhi penjarakan fizikal juga boleh menjadi penyumbang kepada peningkatan kes.

"Covid-19 mungkin hanya dapat dicegah sepenuhnya dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi.

"Tanpa vaksin dan ubat yang boleh merawat, ia bergantung sepenuhnya kepada kawalan kendiri masyarakat dalam mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian pandemik ini," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: