Kementerian Perpaduan Negara tangguh program libat perhimpunan

Halimah Mohamed Sadique
Halimah Mohamed Sadique
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perpaduan Negara mengarahkan penangguhan semua program yang membabitkan perhimpunan orang ramai melibatkan jentera di bawah kementerian tersebut berikutan kes Covid-19 yang meningkat sejak beberapa hari lalu.

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique mengingatkan semua jentera perpaduan supaya mematuhi protokol kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta arahan kerajaan negeri yang berkaitan.

“Ini termasuk 8,274 Kawasan Rukun Tetangga (KRT), skim rondaan sukarela (5,321), Tabika Perpaduan (1,874) dan Taska Genius (41).

"Pelaksanaan aktiviti keagamaan di lebih 10,000 rumah ibadat bukan Islam dalam zon hijau dan kuning sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dipantau dan dikemas kini kementeriannya,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, semua kakitangan, jentera perpaduan dan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa patuh kepada SOP.

“Amalkan normal baharu seperti pemakaian pelitup muka, memastikan penjarakan fizikal dan sentiasa membersihkan tangan terutamanya ketika berada di tempat awam,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: