X

Kindly register in order to view this article
!

Dua lagi kluster baharu dikesan hari ini

Kementerian Kesihatan mengesan dua lagi kluster baharu Covid-19 iaitu Kau Sing di Tawau, Sabah dan Embun di Hulu Langat, Selangor. - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesan dua lagi kluster baharu Covid-19 iaitu Kau Sing di Tawau, Sabah dan Embun di Hulu Langat, Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks bagi Kluster Kau Sing ialah kes ke-10,755 melibatkan seorang individu warganegara berumur 29 tahun yang dikesan positif melalui saringan individu bergejala pada 25 September lalu.

“Susulan itu saringan kontak rapat dijalankan dan enam lagi kes positif Covid-19 dikenal pasti. Daripada tujuh kes yang dikesan positif, lima individu ialah warganegara, manakala dua lagi bukan warganegara.

“Kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan perkembangan pandemik Covid-19 hari ini.

Sementara itu, menurutnya, Kluster Embun yang dikenal pasti di Hulu Langat selepas lima individu didapati positif Covid-19 dan kesemuanya melibatkan warganegara.

"Kluster Embun melibatkan kes indeks kluster ini iaitu kes ke-11,147 melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun yang dikesan positif melalui saringan individu bergejala pada 29 September.

"Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan empat lagi kes positif dikenal pasti. Kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, punca jangkitan bagi Kluster Kau Sing dan Kluster Embun masih dalam siasatan. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!