Staf positif Covid-19, UniSZA ditutup sementara

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan ditutup sementara bermula esok hingga 7 Oktober ini untuk proses disinfeksi secara menyeluruh di semua kampusnya merangkumi Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Besut.
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan ditutup sementara bermula esok hingga 7 Oktober ini untuk proses disinfeksi secara menyeluruh di semua kampusnya merangkumi Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Besut.
A
A
A

KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan ditutup sementara bermula esok hingga 7 Oktober ini untuk proses disinfeksi secara menyeluruh di semua kampusnya merangkumi Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Besut.

Ia susulan seorang daripada stafnya disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, sebagai langkah kawalan, pengurusan UniSZA juga telah memutuskan semua kakitangannya bekerja dari rumah.

Menurutnya, arahan itu juga melibatkan semua operasi pentadbiran, kecuali staf yang terlibat dalam perkhidmatan perlu (essential services) seperti keselamatan, kesihatan, kewangan, hal ehwal pelajar dan kolej kediaman tertakluk kepada kelulusan naib canselor.

"Kebajikan pelajar yang masih berada di dalam kampus akan diuruskan oleh pihak universiti.

"Sepanjang tempoh penutupan, pengajaran dan pembelajaran (PDP) tetap diteruskan seperti biasa secara dalam talian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Proses disinfeksi dilakukan di kampus utama UniSZA di Gong Badak, Kuala Nerus hari ini. (Foto: UniSZA)
Proses disinfeksi dilakukan di kampus utama UniSZA di Gong Badak, Kuala Nerus hari ini. (Foto: UniSZA)

Mengulas lanjut, beliau berkata, staf yang disahkan positif itu mempunyai sejarah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu menaiki kapal terbang yang juga dinaiki oleh seorang individu yang pulang dari Sabah dan disahkan positif Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sejurus UniSZA mendapat maklumat itu, staf yang terlibat diarahkan membuat saringan segera di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan keputusannya positif.

Susulan itu, semua warga UniSZA yang mempunyai kontak dengan staf yang dikuarantin telah diarahkan menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 2 minggu bermula 2 hingga 15 Oktober ini.

"Seramai 17 kakitangan universiti telah diletakkan di bawah perintah pengawasan dan kuarantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Kesemua mereka dikenalpasti sebagai kontak rapat kepada seorang kakitangannya yang disahkan positif Covid-19.

"Seramai 14 orang daripada mereka menjalani kuarantin di Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Rakit manakala tiga lagi ditempatkan di Hospital Hulu Terengganu," katanya.