Perdana Menteri Palestin letak jawatan

Rami Al-Hamdallah. - Foto Reuters
Rami Al-Hamdallah. - Foto Reuters
A
A
A

RAMALLAH - PALESTIN. Perdana Menteri Palestin Rami Al-Hamdallah dilaporkan menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden Mahmoud Abbas, hari ini.

Peletakan jawatan beliau dilihat sebagai cabaran terbaharu terhadap usaha damai dengan Pergerakan Hamas yang mengambil alih kuasa di Gaza pada 2007.

Menurut kenyataaan rasmi yang dikeluarkan selepas mesyuarat Kabinet, sekiranya Presiden Mahmoud Abbas menerima peletakan jawatan tersebut, kerajaan pimpinan Al-Hamdallah akan terus menjalankan tanggungjawabnya sehingga kerajaan baharu dibentuk.

Terdahulu, Al-Hamdallah menawarkan diri untuk meletak jawatan susulan cadangan pembentukan kerajaan baharu oleh pergerakan Fatah Abbas, bertujuan untuk mengasingkan Hamas daripada senario politik Palestin. - Reuters

Artikel Berkaitan: