Lagi pemandu mabuk ditahan

Antara individu yang diperiksa dalam operasi Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di sekitar Petaling Jaya, sepanjang toga hari sejak Jumaat lalu.
Antara individu yang diperiksa dalam operasi Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di sekitar Petaling Jaya, sepanjang toga hari sejak Jumaat lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai lapan pemandu di bawah pengaruh alkohol ditahan dalam operasi berasingan di sekitar daerah ini dalam Operasi Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, operasi bermula jam 11 malam itu menahan seramai 828 pengguna jalan raya dan 712 buah kenderaan telah diperiksa.

"Daripada jumlah itu, lapan lelaki tempatan berusia 23 hingga 57 tahun didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Kes telah disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selain itu, sepanjang operasi itu, seramai 54 pengguna jalan disaman atas pelbagai kesalahan terutama kesalahan tiada lesen memandu.

Artikel Berkaitan: