Tangan cedera tersepit rantai motosikal

Anggota bomba cuba mengeluarkan tangan kiri mangsa yang tersepit di bahagian tayar belakang motosikal di Kampung Bahagia, Teluk Intan pagi tadi. - Foto ihsan bomba
Anggota bomba cuba mengeluarkan tangan kiri mangsa yang tersepit di bahagian tayar belakang motosikal di Kampung Bahagia, Teluk Intan pagi tadi. - Foto ihsan bomba
A
A
A

TELUK INTAN - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun cedera di tangan kirinya akibat tersepit pada gegancu (sprocket) rantai motosikal yang sedang bergerak di Sungai Suli, Kampung Bahagia di sini hari ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku apabila bahagian baju labuh yang dipakai mangsa tersangkut pada rantai menyebabkan tangan mangsa tertarik sebelum terjatuh daripada motosikal yang ditunggang oleh adiknya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Ismail Mohd Yunus berkata, sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.38 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian mendapati tangan mangsa tersepit hingga ke lengan antara rim tayar dan sprocket rantai bahagian kiri motosikal jenis Yamaha Exciter.

Anggota bomba membuka tayar dan memotong rantai motosikal bagi mengeluarkan tangan kiri mangsa yang tersepit. - Foto ihsan bomba
Anggota bomba membuka tayar dan memotong rantai motosikal bagi mengeluarkan tangan kiri mangsa yang tersepit. - Foto ihsan bomba

“Anggota bertindak mengeluarkan tangan mangsa dengan meleraikan bahagian tayar dan memotong rantai dengan menggunakan pemotong hidraulik,” katanya.

Katanya, tangan mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira 15 minit kemudian.

“Mangsa mengalami kecederaan di tangan kiri dan kaki akibat terseret dalam kemalangan itu.

Artikel Berkaitan:

“Mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan dan dihantar ke Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya yang tamat operasi pada jam 9 pagi.