Seri 2-2 adil untuk Kelantan FC: Yusri

Yusri (tengah, duduk) semasa ditemui pemberita selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Yusri (tengah, duduk) semasa ditemui pemberita selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Keputusan seri 2-2 ketika melayan kunjungan Negeri Sembilan pada aksi Liga Primier di Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam disifatkan adil oleh pengendali Kelantan FC, Yusri Che Lah.

Yusri berkata, hal ini kerana barisan pemainnya gagal menterjemahkan beberapa peluang terhidang pada perlawanan tersebut.

"Saya berpuas hati dengan apa yang telah diperagakan oleh pemain walaupun sedikit di bawah keupayaan sebenar.

"Pemain berhak diberikan pujian atas segala usaha yang ditunjukkan oleh mereka sepanjang perlawanan tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan di sini malam tadi.

Menurutnya, bagaimanapun beberapa kelemahan perlu segera diperbaiki menjelang pertemuan dengan Johor Darul Ta'zim II (JDTII) selepas ini.

Yusri berkata, beliau mahu barisan mudanya cepat matang untuk menggalas cabaran lebih besar selepas ini.

Katanya, aksi selepas ini agak mencabar apabila Kelantan FC berdepan kekurangan pemain senior akibat masalah kecederaan.

Pada aksi semalam, Negeri Sembilan bangkit dari ketinggalan untuk mengikat Kelantan FC 2-2.

Artikel Berkaitan:

Negeri Sembilan terlebih dahulu di depan menerusi sepakan penalti pada minit ke-14 yang disempurnakan oleh Jose Neto.

Kelantan FC bangkit mengikat kedudukan menjadi 1-1 menerusi Mohammad Amirul Shafik Che Soh pada minit ke-28.

Gol yang dicari TRW akhirnya kunjung tiba pada minit ke-82 apabila perancang tengah senasi Nik Akif Syahiran Nik Mat tenang menyempurnakan sepakan penalti selepas rakan sepasukan Mohammad Amirul Shafik dijatuhkan.

Igor Carneiro kembali mengikat kedudukan menjadi 2-2 apabila bijak mencuri peluang di depan pintu gol Kelantan meledakkan jaringan penyamaan pada minit ke-87.