Lelaki gelang pink ditahan ketika makan di restoran

Polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun yang memakai gelang pink ketika makan di sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri Rawang semalam.
Polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun yang memakai gelang pink ketika makan di sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri Rawang semalam.
A
A
A

GOMBAK - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki yang memakai gelang berwarna merah jambu dipercayai melanggar syarat kuarantin Covid-19 ditahan polis ketika sedang makan di sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri Rawang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan kira-kira jam 7.30 petang dan akan direman.

"Hasil pemeriksaan mendapati lelaki tersebut memakai gelang berwarna pink tertulis nombor kad pengenalan bertarikh 3 Oktober 2020. Arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepadanya supaya menjalani kuarantin di rumah mulai tarikh itu sehingga 16 Oktober.

"Ujian saringan Covid-19 telah dibuat terhadapnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan keputusan masih belum diterima," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (No 8) 2020.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi perintah menjalani kuarantin yang telah diberikan oleh KKM bagi memastikan keselamatan mereka, keluarga mereka serta orang lain.

Katanya, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana orang yang didapati melanggar perintah kuarantin.

Artikel Berkaitan: