Siapa bakal pengganti Trump?

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan isterinya, Melania dijangkiti dengan Covid-19 pada Jumaat lalu. - Foto AFP
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan isterinya, Melania dijangkiti dengan Covid-19 pada Jumaat lalu. - Foto AFP
A
A
A

KEPUTUSAN ujian Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang positif koronavirus (Covid-19) pada Jumaat lalu mencetuskan spekulasi sipaya yang akan menggantikannya jika beliau hilang upaya untuk mentadbir atau meninggal dunia ketika memegang jawatan.

Isu itu kini hangat diperbincangan di AS apabila Trump, 74, daripada perti Republikan kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Tentera Walter Reed berhampiran Washington untuk mendapatkan rawatan manakala pilihan raya Presiden negara itu akan berlangsung pada 3 November depan.

Bagaimanapun, Perlembagaan negara itu menyatakan dengan jelas bahawa Naib Presiden ketika ini, Mike Pence, 61, yang diuji negatif Covid-19 pada Jumaat lalu akan mengambil alih tempat Presiden AS buat sementara waktu jika Trump hilang upaya untuk menjalankan tugas.

Sebelum ini, sebanyak lapan Naib Presiden AS menggantikan Presiden AS yang meninggal dunia dan meletakkan jawatan antaranya ialah Lyndon B. Johnson menjadi pemimpin negara itu selepas John F. Kennedy mati ditembak pada tahun 1963 mengikut Pindaan ke-25 Perlembagaan AS.

Kali terakhir Presiden AS meletakkan jawatan ialah Richard M. Nixon daripada parti Republikan kerana didorong dengan skandal politik Watergate apabila beberapa orang dipercayai memecah masuk ibu pejabat Jawatankuasa Kebangsaan Parti Demokrat dan jawatan beliau kemudian diambil alih oleh Naib Presiden AS, Gerald Ford pada tahun 1963.

Para pengundi akan mengundi bagi menentukan Presiden Amerika Syarikat pada 3 November ini. - Foto AFP
Para pengundi akan mengundi bagi menentukan Presiden Amerika Syarikat pada 3 November ini. - Foto AFP

Perlembagaan AS juga ada menyatakan bahawa Speaker Dewan Perwakilan ketika ini, Nancy Pelosi, 80, menduduki kedudukan ketiga menggantikan Trump diikuti oleh Ketua Dewan Senat, Charles Ernest Grassleu, 87, mendahului Setiausaha Negara ketika ini iaitu Mike Pompeo, 56 dan kemudian anggota-anggota kabinet AS yang tentunya salah seorang daripada mereka.

Pelosi pula telah diuji positif Covid-19 dan merupakan anggota parti Demokrat yang menguasai majoriti Dewan Perwakilan manakala Grassleu pula ahli parti Republikan yang mendominasi Dewan Senat AS.

Artikel Berkaitan:

Jika Pence meninggal dunia dan hilang upaya untuk memegang jawatan Presidan AS, Pelosi akan menjadi wanita pertama sebagai Presiden AS.

Namun, pelantikan Speaker Dewan Perwakilan dan Ketua Dewan Senat sebagi Presiden AS tidak pernah terjadi dalam sejarah negara itu walaupun dibenarkan dalam perlembagaan negara.

Beberapa ahli akademik telah mencetuskan keraguan sama ada kedua-dua mereka layak memikul tanggungjawab sebagai Presiden dengan berhujah bahawa pemegang jawatan itu hanya layak untuk dilantik daripada kalangan anggota-anggota Kabinet.

Seorang profesor undang-undang Sekolah Undang-Undang Harvard, Jack L. Goldsmith berkata kepada akhbar New York Times bahawa, tuntutan untuk mendapatkan jawatan itu mungkin akan berlaku untuk merebut jawatan Presiden itu antara Pelosi dengan Pompeo.

Terdapat satu lagi persoalan penting iaitu apa yang akan terjadi apabila Presiden yang menang dalam pilihan raya meninggal dunia sebelum majlis angkat sumpah jawatan berlaku pada 20 Januari 2021?

Jawapan itu ada terkandung dalam Pindaan ke-20 Perlembagaan AS yang menyatakan bahawa Naib Presiden negara itu akan menjadi Presiden.

Satu lagi persoalan timbul iaitu apakah yang berlaku jika pencabar Trump iaitu Joe Biden jatuh sakit walaupun sudah dicalonkan untuk merebut jawatan Presiden ketika pilihan raya Presiden negara itu semakin hampir?

Masalah itu boleh diselesaikan melalui satu pencalonan baharu menerusi perhimpunan ahli-ahli parti Demokrat dan calon Naib Presiden dianggap lebih mudah untuk menggantikan tempat Biden itu.

Amerika Syarikat mempunyai sistem tersendiri bagi menentukan pengganti Presidennya yang meninggal dunia atau tidak mampu menjalankan tugas menerusi Perlembagaan. - Foto AFP
Amerika Syarikat mempunyai sistem tersendiri bagi menentukan pengganti Presidennya yang meninggal dunia atau tidak mampu menjalankan tugas menerusi Perlembagaan. - Foto AFP

Persoalan juga timbul iaitu apakah akan terjadi jika calon yang bertanding sudah pun meninggla dunia ketika namanya sudah diperakui tetapi pengundi elektoral belum mengundi?

Jawapannnya ialah pengundi boleh memilih nama calon yang telah diperetujui oleh ahli jawatankuasa kebangsaan parti, kata pakar sains politik, Gregory Koger dari Universiti Miami.

Keadaan yang sama juga akan berlaku jika Trump didapati jatuh sakit dan tidak boleh bertanding menyebabkan parti Republikan terpaksa mengemukakan satu nama calon lain dalam pilihan raya tersebut.

Tarikh pilihan raya AS juga telah ditetapkan dalam perlembagaan AS dan ia perlu diteruskan walaupun negara itu terlibat dalam krisis dan peperangan yang menyebabkan ia tidak boleh ditunda walaupun Trump jatuh sakit.

Pada Jumaat lalu, Presiden AS itu mengumumkan menerusi Twitter bahawa beliau dan isterinya, Melania dijangkiti Covid-19 melalui kontak rapat, Hope Hicks yang juga seorang pembantunya menyebabkan sejumlah pemimpin dunia berharap pemimpin tersebut segera sembuh.