Polis nafi ada sekatan di sempadan Perak-Kedah

Tular di aplikasi WhatsApp mengenai sekatan yang diadakan di sempadan Perak-Kedah hari ini.
Tular di aplikasi WhatsApp mengenai sekatan yang diadakan di sempadan Perak-Kedah hari ini.
A
A
A

IPOH - Polis menafikan ada sekatan perjalanan di jalan-jalan sempadan antara Perak dan Kedah berikutan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) seperti yang tular di media sosial hari ini.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata, perkara itu tidak benar dan tiada sebarang arahan sekatan keluar masuk antara dua negeri itu.

Menurutnya, ia merupakan tambahan sekatan jalan raya bagi penguatkuasaan pencegahan jenayah.

“Tiada sekatan pergerakan kenderaan keluar masuk Perak. Sekatan jalan raya hanya untuk kawalan pergerakan kenderaan dan pencegahan jenayah.

“Selain sembilan sekatan jalan raya di kawasan sedia ada, kita turut menambah dua lagi sekatan jalan raya di Tanjung Malim dan Parit Buntar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Terdahulu, tular mesej di media sosial bermula jam 6 petang adanya persiapan pasukan barisan hadapan untuk mengawal pergerakan rentas negeri sempadan Kedah dan Perak di jambatan Bandar Baharu, Parit Buntar.

Artikel Berkaitan: