Covid-19: Kes positif di Selangor meningkat

Terdapat lima mukim menjadi zon kuning pada hari ini iaitu Kapar, Bukit Raja, Sungai Buloh, Teluk Panglima Garang dan Hulu Kelang berbanding hanya empat mukim semalam.
Terdapat lima mukim menjadi zon kuning pada hari ini iaitu Kapar, Bukit Raja, Sungai Buloh, Teluk Panglima Garang dan Hulu Kelang berbanding hanya empat mukim semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor mencatatkan 32 kes baharu koronavirus (Covid-19) hari ini dengan jumlah keseluruhan kes di Selangor meningkat kepada 2,347.

Selangor Task Force Covid-19 menerusi kenyataan memaklumkan kesemua kes diklasifikasikan sebagai jangkitan tempatan.

"Terdapat lima mukim menjadi zon kuning pada hari ini iaitu Kapar, Bukit Raja, Sungai Buloh, Teluk Panglima Garang dan Hulu Kelang berbanding hanya empat mukim semalam.

"Selangor merekodkan 129 kes aktif iaitu individu yang boleh menjangkiti orang lain dan 80 kes melibatkan individu yang mendapat jangkitan di negeri lain," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, setakat ini enam daerah di negeri ini kekal sebagai zon kuning.

"Antara daerah diklasifikasikan sebagai zon kuning adalah Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Gombak," katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti tiga kluster baharu membabitkan dua di Kedah dan satu di Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu adalah Kluster Bah Lunas, Kedah, Kluster Bah Rose, Kedah dan Kluster Jelok, Selangor.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, terdapat 317 kes baharu yang telah dilaporkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,088 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,735 kes.