Sudan, kumpulan pemberontak meterai perjanjian damai

Naib Presiden Sudan Selatan, Riek Machar ketika memeterai perjanjian damai dengan lima kumpulan pemberontak utama di Juba pada 31 Ogos lalu. - Foto: Agensi
Naib Presiden Sudan Selatan, Riek Machar ketika memeterai perjanjian damai dengan lima kumpulan pemberontak utama di Juba pada 31 Ogos lalu. - Foto: Agensi
A
A
A

JUBA - Pemerintah Sudan Selatan dan kumpulan pemberontak hari ini menandatangani perjanjian damai bersejarah bertujuan untuk menamatkan konflik di negara itu yang telah meragut ratusan ribu nyawa.

"Kami akhirnya capai kesepakatan. Kami sangat gembira. Misi terlaksana," kata ketua pasukan perantara Sudan Selatan, Tut Gatluak setahun selepas rundingan damai bermula.

Nama negara penjamin perjanjian damai itu seperti Chad, Qatar, Mesir, Kesatuan Afrika (AU), Kesatuan Eropah (EU) dan PBB turut tertera dalam perjanjian tersebut yang ditandatangani oleh Komander Separa Tentera, Mohamed Hamdan Daglo bagi pihak Khartoum.

Selain itu, kumpulan pemberontak Barisan Revolusi Sudan (SRF) dan kumpulan lain yang membentuk gabungan tersebut juga memeterai perjanjian terbabit.

Di bawah perjanjian tersebut, pejuang SRF dari wilayah konflik Darfur, Nil Biru dan Kordofan Selatan akan diserapkan secara berperingkat ke dalam pasukan keselamatan kerajaan.

Difahamkan, perjanjian damai itu merangkumi beberapa isu rumit termasuk pemilikan tanah dan menerima semula kepulangan kumpulan pelarian. - AFP

Artikel Berkaitan: