X

Kindly register in order to view this article
!

Putrajaya bukan pusat Covid-19: Dr Noor Hisham

Putrajaya. FOTO: ROSLI TALIB
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan Putrajaya bukan pusat jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19).

Beliau sebaliknya berkata, apa yang jelas adalah Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan.

"Kalau kita lihat Putrajaya adalah pusat pentadbiran, bukan pusat Covid-19.

"Ini ialah kerana kes di Putrajaya pun terhad dan pengawalan aktiviti kesihatan awam telah pun dijalankan.

"Kalau kita lihat untuk kluster yang lain pun kita telah berjaya tamatkan," katanya pada sidang akhbar berhubung situasi semasa jangkitan penyakit Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Putrajaya berkemungkinan akan menjadi titik tumpu atau epicentre pandemik Covid-19 di negara ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini 101 daripada 133 kluster Covid-19 yang dikesan di Malaysia telah berjaya ditamatkan hasil menggunakan kaedah kawalan kesihatan awam.

"Kawalan itu daripada pihak KKM tetapi kawalan kesihatan juga boleh dijalankan oleh setiap individu iaitu amalkan tiga W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala (wear) dan amaran (warn)," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!