X

Kindly register in order to view this article
!

KKM lebih bersedia berdepan peningkatan mendadak kes Covid-19

Sebanyak 317 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan setakat hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 12,088 kes. Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini lebih bersedia untuk berdepan dengan kenaikan mendadak kes positif wabak koronavirus (Covid-19) berbanding ketika tempoh awal penularan pandemik itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada pengalaman dan peralatan yang ada.

"Apa yang penting kemampuan KKM, kalau lihat kesiapsiagaan KKM, kita lebih bersedia dibandingkan semasa bulan tiga dan bulan empat.

"Ia dari segi peralatan dan pengalaman kita merawat pesakit Covid-19 dan juga dari segi penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) dan sebagainya.

"Jadi sekarang ini kita lihat peningkatan kes (ketika ini) tertumpu di Kedah dan Sabah," katanya pada sidang akhbar berhubung situasi semasa jangkitan penyakit Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemampuan KKM untuk berdepan dengan kenaikan kes positif wabak Covid-19 meliputi kapasiti katil dan lain-lain peralatan.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, KKM juga turut menghantar bantuan pasukan terdiri daripada pakar perubatan dan pegawai perubatan di lapangan untuk tindakan kesihatan awam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!