Tiada keperluan tambah penjawat awam di Melaka

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari menyampaikan sumbangan kepada murid sekolah pada majlis penyampaian sumbangan sempena Tahun Baru Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Keh Seng hari ini. - Foto Bernama
A
A

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Adly Zahari menyifatkan jumlah penjawat awam sedia ada memadai untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di negeri itu, disokong dengan langkah-langkah penambahbaikan bagi mengurangkan kerenah birokrasi.

Katanya pada masa ini Melaka mempunyai kira-kira 5,300 penjawat awam tidak termasuk yang dilantik oleh pihak berkuasa tempatan.

“Sebarang pengambilan baharu dibuat mengikut kekosongan yang ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Penghargaan Perkhidmatan Awam Melaka 2018, di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Roslan Ibrahim dan barisan Exco.

Pada majlis itu, seramai 483 penjawat awam daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan negeri menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dengan insentif wang tunai RM1,000 dan sijil perkhidmatan cemerlang masing-masing.- Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia