Segera jalani ujian Covid-19 jika pernah berkunjung ke zon merah

Polis menasihatkan penduduk Lahad Datu yang pernah berkunjung ke zon merah agar segera menjalani ujian saringan di klinik kesihatan berhampiran.
Polis menasihatkan penduduk Lahad Datu yang pernah berkunjung ke zon merah agar segera menjalani ujian saringan di klinik kesihatan berhampiran.
A
A
A

LAHAD DATU - Polis menasihatkan penduduk Lahad Datu yang pernah berkunjung ke zon merah penularan pandemik Covid-19 iaitu Tawau, Kunak dan Semporna yang menyaksikan kemunculan kluster baharu kes Covid-19, baru-baru ini, agar segera menjalani ujian saringan di klinik kesihatan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, saranan itu penting sebagai langkah membendung penularan kes positif dalam komuniti di Lahad Datu.

"90 peratus individu yang balik daripada daerah-daerah ini khasnya Semporna, didapati positif Covid-19, saya minta supaya orang ramai beri kerjasama dalam bendung jangkitan itu," katanya ketika ditemui pemberita di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sapagaya di sini hari ini.

Selain itu, Nasri turut menasihatkan penduduk Lahad Datu agar tidak ke luar daerah tanpa urusan penting sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di daerah itu.

"Sekiranya terpaksa ke luar daerah atas urusan penting, datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk membuat permohonan dan hendaklah memenuhi keperluan," katanya menambah buat masa ini hanya seorang isi rumah dibenarkan dalam kenderaan kecuali bagi hal kecemasan termasuk perubatan.- Bernama

Artikel Berkaitan: