X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Adham nafi main golf di Desaru

Dr Adham dalam ciapan Twitternya hari ini menafikan dakwaan beliau menyertai program bermain golf di Lotus Desaru Beach Resort, Johor semalam.
A
A

SHAH ALAM – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menafikan dakwaan beliau menyertai program bermain golf di Lotus Desaru Beach Resort, Johor semalam.

Beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah yang bertujuan memburukkan imejnya di tengah-tengah wabak koronavirus (Covid-19) berada pada tahap membimbangkan.

Tegasnya, pada hari sama beliau mengendalikan tiga mesyuarat utama di Putrajaya.

“Dr Adham Baba menafikan dakwaan beliau menyertai program golf di Lotus Desaru Beach Resort, Johor.

“Dakwaan itu fitnah bertujuan memburukkan imejnya di tengah-tengah wabak Covid-19. Pada hari sama, beliau mengendalikan tiga mesyuarat utama di Putrajaya,” menurut ciapan di Twitter miliknya hari ini.

Malah pegawainya yang menggunakan akaun Ahmad Rashidi @aarashi82 turut mendedahkan Ahli Parlimen Tenggara itu bukan seorang ‘kaki golf’.

“Betul (Dr Adham) ada program Kesihatan esok (semalam) di Desaru. Tetapi bukan untuk bermain golf. Instead, for your fact, Menteri tak pandai main golf. Saya pegawai KKM, sahkan esok (semalam) memang ada program kesihatan di Desaru,” katanya membalas ciapan di Twitter berkenaan.

Isu berkenaan tular dalam media sosial semalam apabila seorang pengguna Twitter, @adammukhrizmy menerusi ciapannya memaparkan kain pemidang yang menunjukkan program di pusat peranginan berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!