Kelantan catat dua lagi kes Covid-19

Kelantan mencatatkan dua lagi pertambahan kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini menjadikan kes aktif keseluruhan sebanyak lapan kes di negeri ini. Foto 123RF
Kelantan mencatatkan dua lagi pertambahan kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini menjadikan kes aktif keseluruhan sebanyak lapan kes di negeri ini. Foto 123RF
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan mencatatkan dua lagi pertambahan kes baharu jangkitan koronavirus (Covid-19) hari ini menjadikan kes aktif keseluruhan sebanyak lapan kes di negeri ini.

Perkara tersebut dikongsi Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin melalui satu entri di laman sosial Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan kes tersebut berkaitan dengan mana-mana kes sebelum ini.

Dua kes yang dilaporkan semalam adalah melibatkan kes saringan berisiko luar negeri dan satu kes lagi adalah kontak rapat kes sah Kota Bharu (kes import B) Kuala Lumpur.

Jumlah kes dalam rawatan iaitu kes aktif di negeri ini adalah lapan kes secara keseluruhan.

Izani melalui entri yang sama turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga.

Artikel Berkaitan: