Agong zahir tahniah kepada SPRM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersempena sambutan ulang tahun ke-53 agensi itu pada 1 Oktober lalu.

Istana Negara dalam catatan Facebook rasmi memaklumkan Seri Paduka amat menyanjung tinggi khidmat bakti dan jasa yang dicurahkan warga SPRM, termasuk bekas kakitangannya dalam perjuangan memerangi jenayah rasuah.

“Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan penuh warga SPRM akan terus memikul tanggungjawab dan tugas dengan baik dengan penuh integriti serta sentiasa bersedia menghadapi cabaran terkini dalam usaha membanteras jenayah rasuah,” demikian menurut catatan itu.

Dalam catatan itu, Al-Sultan Abdullah menyarankan semua lapisan rakyat memberi sokongan padu kepada SPRM untuk melaksanakan tanggungjawab dengan telus, profesional dan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Seri Paduka juga menyeru rakyat untuk mengukuhkan lagi iltizam bagi memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara.- Bernama

Artikel Berkaitan: