Kerajaan Perak sedia bantu mahasiswa terjejas

Razman Zakaria
Razman Zakaria
A
A
A

IPOH - Kerajaan negeri Perak menyediakan talian hotline bagi mendapatkan maklum balas daripada mahasiswa kelahiran negeri itu yang terjejas dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi kemasukan Oktober 2020.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil, Razman Zakaria berkata, pihaknya amat prihatin dengan permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa khususnya para pelajar berkaitan dengan arahan baharu Kementerian Penggajian Tinggi (KPT) itu.

“Bagi meringankan beban ibu bapa dan pelajar, kerajaan negeri akan membuka talian hotline bagi mendapatkan maklum balas dan maklumat daripada mereka yang terjejas dengan kerjasama Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak).

“Melalui maklumat itu, kaedah bantuan akan dikenalpasti dan bantuan akan disalurkan dalam membantu pelajar yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua pelajar termasuk di Sabah dan Sarawak yang berasal dari Perak diminta untuk memberikan maklum balas segera bagi memudahkan urusan operasi bantuan.

“Semua pihak diminta mengikuti segala arahan khususnya daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi keselamatan pelajar sekolah dan pelajar IPT.

“Selain itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pengurusan sekolah akan meningkatkan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah masing-masing. Swab Test berkemungkinan akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang berisiko untuk penularan Covid-19,” katanya.

Razman berkata lagi, ibu bapa dan orang ramai diminta memantau pergerakan anak-anak dan mengamalkan SOP keselamatan yang ditetapkan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Pelajar boleh menghubungi talian hotline atau WhatsApp di talian 012-664 0846 (Azlen) atau 019-400 0514 (Shima) serta 05-318 3290.