Nasib Ziyad dapat perhatian MB Pahang

Jasvir Singh (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan untuk Muhamad Ziyad kepada Kaasnida dan Muhamad Razif (kanan) di Felda Mempaga, Bentong hari ini.
Jasvir Singh (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan untuk Muhamad Ziyad kepada Kaasnida dan Muhamad Razif (kanan) di Felda Mempaga, Bentong hari ini.
A
A
A

BENTONG - Nasib yang dihadapi Muhamad Ziyad Amzar Muhamad Razif, 3, yang terpaksa dipotong kedua belah kaki dan enam jari tangan pada tahun lalu mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail.

Sumbangan tersebut disampaikan Pegawai Khas Menteri Besar (mewakili masyarakat Sikh), Datuk Jasvir Singh Ram Singh di rumah keluarga Muhamad Ziyad di Felda Mempaga di sini semalam.

Menurut Jasvir, sumbangan berupa wang tunai dan hamper daripada Wan Rosdy yang mahukan anak kecil itu mendapat rawatan terbaik dan terus dibantu.

"Saya akan memantau perkembangan adik Muhamad Ziyad Amzar dan terus membantunya dari masa ke masa agar dia mendapat bantuan dan pembelaan," katanya di sini hari ini.

Muhamad Ziyad Amzar yang mengalami gangren di bahagian kaki dan tangan ketika berusia dua tahun terpaksa dipotong enam jari pada Ogos tahun lalu, sebelum dipotong kedua belah kaki sebulan selepas itu.

Sementara itu, Muhamad Razif Razali, 38, berkata, dia dan isteri, Kaasnida Mohamed Nazar, 32, berasa amat terharu dan berterima kasih dengan keprihatinan Wan Rosdy yang membantu anak bongsu daripada tiga beradik itu.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Jasvir yang mengambil perhatian terhadap anak kami.

"Sesungguhnya bantuan dan sokongan diberi itu amat besar dan bermakna bagi kami," ujarnya.

Artikel Berkaitan: