Dua restoran terkenal gagal, tipu sijil halal

Restoran makanan daun pisang di Hutan Melintang, Bagan Datuk yang didapati menggunakan logo halal tidak sah
Restoran makanan daun pisang di Hutan Melintang, Bagan Datuk yang didapati menggunakan logo halal tidak sah
A
A
A

TELUK INTAN - Permohonan Pensijilan Halal Malaysia sebuah restoran yang terkenal dengan ayam gorengnya di Jalan Changkat Jong di sini gagal selepas didapati tidak mematuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Yusri Abdul Rani berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Perak 27 Disember tahun lalu susulan restoran berkenaan didapati tidak komited dengan prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang ditetapkan.

"Restoran berkenaan didapati tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam aspek kebersihan serta tiada lantikan penyelia halal dibuat walaupun bekalan bahan mentah di premis berkenaan didapati tiada masalah.

"Bagaimanapun kegagalan permohonan premis berkenaan itu tidak menghalang mereka memohon semula sijil halal selepas mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia" katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Surat yang tular menyatakan permohonan pensijilan halal premis makanan terkenal di Teluk Intan dengan ayam goreng.
Surat yang tular menyatakan permohonan pensijilan halal premis makanan terkenal di Teluk Intan dengan ayam goreng.

Yusri berkata demikian bagi menjawab isu surat yang tular di aplikasi WhatsApp di mana ia menyatakan permohonan pensijilan halal premis makanan berkenaan gagal selepas tidak komited dengan prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

"Kita sudah meminta premis tersebut untuk tidak menggunakan sebarang penandaan halal pada premis makanan mereka," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan Yusri memaklumkan sebuah lagi restoran makanan daun pisang di Hutan Melintang, Bagan Datuk dikesan menggunakan tanda halal tidak sah dalam hasil operasi yang dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 17 Januari, lalu.

Artikel Berkaitan:

"Pemilik restoran berkenaan didapati beragama Hindu dan premis itu mempunyai papan tanda halal tetapi ia bukan pemegang sijil halal dan tindakan diambil oleh pihak KPDNHEP mengikut Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.

Dalam pada itu, Yusri berkata, orang ramai diminta lebih berhati-hati dan peka dalam memastikan premis makanan yang dimiliki bukan Islam mempunyai sijil halal.