PM pengerusikan mesyuarat khas MKN berkaitan Covid-19

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara membabitkan koronavirus (Covid-19) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin serta menteri-menteri berkaitan.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah; Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Semalam, Malaysia mencatatkan 287 kes baharu Covid-19, iaitu jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di negara ini. - Bernama

Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara membabitkan Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara membabitkan Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Artikel Berkaitan: