Dua tugasan antarabangsa fokus skuad projek khas

Ahmad Najmi ketika sidang media mengenai pengumuman senarai pemain projek khas skuad lelaki dan wanita kebangsaan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto Bernama
Ahmad Najmi ketika sidang media mengenai pengumuman senarai pemain projek khas skuad lelaki dan wanita kebangsaan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

DUA kejohanan antarabangsa pada awal tahun hadapan menjadi tugasan pertama skuad projek Sukan Asia 2026 lelaki dan wanita yang baharu dibentuk oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Julai lepas.

Kejohanan itu adalah Kejohanan Hoki Remaja Asia 2021 di Dhaka, Bangladesh dari 21 hingga 30 Januari, manakala skuad wanita pula bakal menyertai Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita di Korea Selatan dari 31 Mac hingga 6 April.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan KHM, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak berkata, kedua-dua skuad berkenaan yang terdiri daripada 56 pemain termasuk 30 pemain wanita, dipilih daripada kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak yang berakhir, baru-baru ini.

"Purata umur skuad lelaki adalah 19.5 tahun, manakala skuad wanita adalah 21 tahun,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KHM di sini hari ini.

Ahmad Najmi turut memaklumkan skuad lelaki yang terdiri daripada beberapa muka baharu, bakal menjalani latihan pusat serta pemilihan pemain dari 5 Okt hingga 20 Jan, 2021, manakala skuad wanita yang dibarisi pemain remaja dan senior kebangsaan, bakal memulakan latihan dari 5 Okt hingga 18 Dis, 2021.

Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad projek khas wanita, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim tidak mahu meletakkan sasaran awal kepada 30 pemain pada kejohanan di Korea Selatan nanti, sebaliknya mahu memberi fokus membina karakter tersendiri selain membentuk minda yang betul selaku pemain kebangsaan.

Sehubungan itu, beliau yang merupakan pengendali skuad senior wanita kebangsaan, memaklumkan barisan kejurulatihan akan bekerjasama rapat dengan pegawai Institut Sukan Negara dalam memperbaiki psikologi dan mental pemain negara.

"Dalam tempoh tiga bulan ini merupakan peluang terbaik untuk saya memantau 27 pemain sedia ada selain tiga muka baharu yang dipanggil. Bagi saya purata umur 21 tahun itu adalah terbaik kerana ini merupakan projek jangka panjang KHM,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Berbeza pula dengan Ketua jurulatih skuad projek khas lelaki, Wallace Tan yang mengintai keputusan positif pada kejohanan di Bangladesh bagi memastikan Malaysia layak ke edisi ke-12 Kejohanan Piala Dunia Remaja Lelaki 2021 di India.

Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), bagaimanapun, masih belum menentukan venue dan tarikh kejohanan remaja dunia itu.

"Kita akan beri tumpuan kepada aspek teknikal dan taktikal dalam tempoh tiga bulan yang ada tetapi lebih penting adalah untuk pemain ada satu sikap yang betul untuk capai prestasi terbaik, selain saya mahu melihat pemain bekerja keras sama ada pada setiap sesi latihan atau perlawanan,” katanya.

Senarai pemain Projek Khas Sukan Asia 2026:

LELAKI:

Penjaga Gol: Che Shahrul Azmi Che Saupi, Muhammad Hamiz Mohd Ahir, Mohd Aidil Mohd Shah, Muhammad Amir Muhaimin Ahmad Mustaqiem

Pemain Pertahanan: Muhammad Nur Asyraf Ishak, Muhammad Amirul Hamizan Azahar, Muhammad Saifuddin Ali, Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin, Muhammad Shafiq Hassan, Muhammad Fahmi Khalid, Idris Samad, Zulfitri Md Zin

Pemain Tengah: Muhammad Izham Azhar, Muhammad Nursyahmi Zulkifli, Muhammad Syawal Abd Razak, Nasrul Syahkhir Sadikul, Muhammad Hafizi Zainuddin, Alfarico Lance Liau Jr, Granson Noel Goden

Penyerang: Mohamad Akhimullah Anuar Esook, Muhammad Amirul Haniff Mamat, Muhammad Muhibuddin Moharam, Muhajir Abdul Rauf, Mohamad Shamir Rizmi Mohd Shamsul, Adam Aiman Mamat, Muhammad Adib Sufian Mat Ruslee.

WANITA:

Penjaga Gol: Siti Zalia Nasir, Mashitah Ab Khalid, Fitrinur Amiera Ramlee, Nur Hazlinda Zainal Abidin

Pemain Pertahanan: Juliani Mohamad Din, Nor Asfarina Ishayifiqa Isahhidun, Ellya Amanina Alias, Dayang Nurahmirah Abang Mahadini, Puteri Nur Batrishia Nor Nawawi, Khairunnisa Ayuni Mohd Shahruddin, Nurul Faezah Shafiqah Khalim

Kirandeep Kaur Gurdip Singh, Nurul Fatin Fatiha Azman, Nuraini Abd Rashid, Raja Norsharina Raja Shahbuddin, Iren Hussin

Pemain Tengah: Nur Hafizah Maznan, Nur Insyirah Effarizal, Nurmaizatul Hanim Syafi Sheik Fuad, Siti Zulaikha Husain, Wan Norfaiezah Md Saiuti, Fatin Shafika Mohd Shukri

Penyerang: Nur Amirah Syakirah Zulkifli, Hanis Nadiah Onn, Nor Atira Mohamad Ismail, Siti Nur Arfah Mohd Nor, Nur Afiqah Syahzani Azhar Nur Fatin Dizana Mohd Zaidi, Nur Syazwani Zakaria, Anis Nurfatihah Asmidee. - Bernama