Covid-19: Kelantan catat dua pertambahan kes

Kelantan mencatatkan dua lagi pertambahan kes baharu jangkitan koronavirus (Covid-19) hari ini. Foto 123RF
Kelantan mencatatkan dua lagi pertambahan kes baharu jangkitan koronavirus (Covid-19) hari ini. Foto 123RF
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan mencatatkan dua lagi pertambahan kes baharu jangkitan koronavirus (Covid-19) hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin melalui laman sosial Facebooknya.

Dua kes baharu yang dilaporkan adalah satu kes melibatkan kes saringan berisiko luar negeri yang mana berkait dengan kes import B dari Sabah manakala satu kes lagi adalah kontak rapat kes sah Kota Bharu (kes import B) Kuala Lumpur.

Jumlah kes dalam rawatan iaitu kes aktif di negeri ini adalah enam kes melibatkan tiga kes import B Sabah, satu kes kontak rapat kes sah Kuala Lumpur dan dua kes tempatan Kota Bharu.

Izani melalui entri yang sama turut menasihatkan orang ramai supaya kerap membasuh tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.

Selain itu, penjarakan fizikal juga perlu terus dilakukan sekurang-kurangnya satu meter.

Turut disarankan ialah amalan 3W iaitu Wash, Wear dan Warn serta elakkan daripada 3S iaitu tempat sesak, sempit dan bersembang dengan jarak yang dekat.

Artikel Berkaitan: