Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung.
A
A
A

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1620/1660 berbanding dolar AS daripada 4.1470/1520 pada Khamis.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes berkata, kekurangan rang undang-undang pakej rangsangan AS menjadi pencetus kepada penghindaran risiko utama terhadap mata wang Asia tetapi lebih berbeza kepada ringgit berikutan impak daripada larangan import minyak sawit oleh AS ke atas FGV Holdings Bhd berikutan masalah buruh.

“Dengan penurunan minyak semalaman, saya menjangka ringgit akan berada pada kedudukan defensif, dengan penurunan mudah tunai berikutan Minggu Emas di China yang mempengaruhi harga,” katanya kepada Bernama.

Sehingga 6.30 petang, harga minyak mentah Brent merosot 4.18 peratus kepada AS$39.22 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0502/0543 daripada 3.0426/0473 semalam dan susut berbanding pound kepada 5.3748/3821 daripada 5.3281/3362.

Mata wang tempatan rendah berbanding euro kepada 4.8766/8830 daripada 4.8723/8794 dan merosot berbanding yen kepada 3.9582/9631 daripada 3.9278/9341 sebelum ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: