Bai Tian tamat tugas di Malaysia

Bai Tian (tengah) yang mewakili Kedutaan Besar China menghulurkan sumbangan pelitup muka di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada Mac lalu.
Bai Tian (tengah) yang mewakili Kedutaan Besar China menghulurkan sumbangan pelitup muka di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada Mac lalu.
A
A
A

DUTA Besar China ke Malaysia, Bai Tian percaya hubungan baik antara Malaysia dan China akan terus terjalin pada masa akan datang demi faedah rakyat kedua-dua negara.

Beliau yang akan menamatkan tugasnya dan pulang ke China turut mengharapkan keadaan politik Malaysia berada dalam kedudukan stabil, selain yakin rakyat Malaysia mampu mencipta kejayaan yang lebih cemerlang dan kembali ‘mengaum’ sebagai Harimau Asia.Bai Tian berkata demikian pada majlis resepsi perpisahan di sebuah hotel di sini hari ini.

Susulan penularan koronavirus (Covid-19), majlis itu diadakan secara dalam talian melalui Facebook dan aplikasi Zoom.

Berasal dari kota Xi’an, Shaanxi, China, Bai Tian, 49, memulakan tugas sebagai Duta China di Malaysia pada 28 November 2017.

Dalam ucapannya, beliau turut mengimbas tugas-tugasnya sepanjang tiga tahun di Malaysia terutama ketika membantu Malaysia berdepan wabak Covid-19.

“Pada Januari dan Februari tahun ini, kerajaan dan rakyat Malaysia telah menunjukkan rasa prihatin apabila Wuhan diserang Covid-19 dengan menderma wang serta bekalan pelindung kesihatan kepada China.

“Pada Mac dan April pula, saya kembali menyerahkan pelitup muka dan peralatan pelindungan diri (PPE) kepada rakyat Malaysia yang memerlukan di Hospital Kuala Lumpur serta Hospital Sungai Buloh,” kata Bai Tian.

Artikel Berkaitan:

Bai Tian ketika berucap pada majlis resepsi perpisahannya di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam yang disiarkan secara dalam talian menerusi Facebook dan aplikasi Zoom.
Bai Tian ketika berucap pada majlis resepsi perpisahannya di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam yang disiarkan secara dalam talian menerusi Facebook dan aplikasi Zoom.

Pada majlis itu, Bai Tian turut menyentuh perkembangan terkini China sempena sambu-tan Hari Kebangsaan China yang ke-71 hari ini.

“China adalah negara pertama dilanda Covid-19. Dalam menghadapi cabaran yang cukup getir, pemerintah dan rakyat China berganding bahu memeranginya dengan berjaya. Dalam tempoh tiga bulan, tiada kes baharu di-laporkan di Hubei dan Wuhan.

“Dalam tempoh 10 bulan yang lalu, China dan Malaysia saling membantu memerangi Covid-19 dan yang menggembirakan saya adalah apabila ada peningkatan jumlah pelaburan antara kedua-dua negara untuk tempoh setengah tahun ini,” katanya.

Selain dikenali sebagai Duta Besar China yang dedikasi dan bertanggungjawab, Bai Tian turut digelar sebagai ‘Duta China ke Malaysia yang paling suka makan durian’ dan ‘jurujual durian yang paling hebat’.

Beliau pernah muncul dalam video berdurasi satu minit 35 saat dengan memperkenalkan keistimewaan musang king kepada penonton TikTok yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan rakyat China.