Polis Selangor nafi anggotanya langgar perintah kuarantin

Arjunaidi Mohamed - Foto Bernama
Arjunaidi Mohamed - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor menafikan seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Bukit Puchong melanggar perintah kuarantin seperti yang ditularkan di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, fakta ditularkan yang mendakwa anggota tersebut tidak mematuhi arahan kuarantin dengan mengunjungi sebuah pasar raya di Puchong Utama adalah tidak benar.

"Hasil siasatan mendapati anggota ini tidak pernah melanggar perintah kuarantin dengan mengunjungi mana-mana tempat sepanjang tempoh kuarantin," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Arjunaidi berkata, hasil semakan mendapati anggota tersebut telah bercuti di Semporna, Sabah pada 9 September lalu dan kembali bertugas pada 26 September lalu.

"Anggota ini telah mematuhi arahan kuarantin sebagaimana diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu setiap orang yang baru balik dari Sabah diwajibkan menjalani perintah kuarantin selama 14 hari di rumah," katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita tular yang bercanggah dengan fakta asal kerana ia boleh mencetuskan kegusaran di kalangan orang ramai.

Artikel Berkaitan: