KPM, KKM bincang risiko pelajar dijangkiti Covid-19

Muslimin Yahaya - Foto Bernama
Muslimin Yahaya - Foto Bernama
A
A
A

SUNGAI BESAR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan mesyuarat pagi tadi bagi membincangkan beberapa perkara terutama risiko kebolehjangkitan Covid-19 kepada pelajar sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin turut membincangkan tentang kesan Covid-19 kepada pihak sekolah.

"Saya yakin keputusan (mesyuarat) hari ini berhubung penutupan beberapa sekolah yang disyorkan KKM (berikutan peningkatan kes Covid-19 semalam)," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Dialog bersama Penjaja Pasar Jerami Parit 14, Ban Kenal, di sini hari ini.

Mengulas mengenai penutupan Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang selepas seorang guru wanita disahkan positif Covid-19, Muslimin memberitahu, penutupan itu diputuskan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkuat kuasa semalam.

"Mana-mana kawasan yang mempunyai peningkatan dari segi jangkitan Covid-19 akan diputuskan pihak KKM dan MKN," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru SK Permatang Janggus positif Covid-19

Artikel Berkaitan: