750 anggota PDRM jalani kuarantin selepas PRN Sabah

Gimik pelancaran perasmian Hari Inovasi hari ini.
Gimik pelancaran perasmian Hari Inovasi hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Lebih 750 orang pegawai dan anggota polis kini menjalani kuarantin selepas menjalankan tugas sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 250 kakitangan ialah dari Semenanjung yang kini ditempatkan di sebuah hotel yang diwartakan sebagai pusat kuarantin oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menurutnya, kira-kira 500 anggota lagi adalah dari Sarawak yang diarahkan menjalani kuarantin di sebuah pusat latihan di negeri tersebut sebagai langkah kawalan pencegahan koronavirus (Covid-19).

"Lebih kurang 500 sumber manusia diterbangkan dari Sarawak ke Sabah sehari sebelum PRN. Manakala, baki petugas dari Semenanjung. Kesemua petugas dari Sarawak sedang dikuarantin di pusat latihan di Sarawak.

"Setakat hari ini, kesemuanya masih dalam pemantauan dan belum menerima sebarang keputusan ujian.

Penyampaian replika cek kepda para pemenang Hari Inovasi 2020 di Kuantan hari ini.
Penyampaian replika cek kepda para pemenang Hari Inovasi 2020 di Kuantan hari ini.

"Mereka menjalani prosedur kuarantin di tempat yang diwartakan oleh Nadma. Belum dapat keputusan," katanya pada sidang akhbar pada Program Sambutan Hari Inovasi PDRM 2020 di Kuantan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, Ramli berkata, PDRM bersiap-siaga sekiranya negara sekali lagi diperintahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel Berkaitan:

"Kita bersedia untuk PKP. (Jika berlaku) Ini bukan pertama kali. Kita pernah buat dan kita buat dengan jayanya salam membantu pihak Majlis Keselamatan Negara," katanya.

Dalam sambutan tersebut sejumlah enam pemenang diangkat dan diberi pengiktirafan hasil penciptaan atau inovasi terkini yang dilaksanakan mereka.