X

Kindly register in order to view this article
!

Trump, isteri positif Covid-19

Presiden AS, Donald Trump dan isterinya disahkan positif Covid-19
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadi pemimpin dunia terbaru yang disahkan positif Covid-19.

Turut disahkan positif virus maut itu ialah isterinya, Melania.

Trump mengesahkan mengenai perkara itu melalui akaun Twitternya sebentar tadi.

Dalam ciapan Twitter itu, Trump berkata,"Malam ini, @Flotus (Melania) dan saya diuji positif Covid-19. Kami akan menjalani proses kuarantin dan rawatan segera. Kita akan melaluinya bersama."

Tonight, @FLOTUS and I tested positive for COVID-19. We will begin our quarantine and recovery process immediately. We will get through this TOGETHER!

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) October 2, 2020

Trump sebelum ini memaklumkan beliau dan Melania terpaksa dikuarantin selepas seorang pembantu peribadinya, Hope Hicks disahkan positif Covid-19.

Dalam pada itu, Melania turut memuat naik ciapan di Twitter mengesahkan mengenai jangkitan tersebut.

"Seperti mana yang dilakukan ramai rakyat Amerika tahun ini, @potus (Trump) dan saya turut menjalani kuarantin di rumah setelah disahkan positif Covid-19. Kami dalam keadaan baik dan saya telah menangguhkan semua program yang akan datang.

"Pastikan anda selamat dan kita semua akan menyelesaikannya bersama-sama," tulis Melania dalam Twitternya.

Trump dan Melania disyaki dijangkiti Covid-19 daripada pembantu Presiden Hope Hicks.
Trump dan Melania disyaki dijangkiti Covid-19 daripada pembantu Presiden Hope Hicks.

Sementara itu, sepucuk surat daripada doktor Trump, Sean Conley turut mengesahkan pasangan itu positif Covid-19 pada hari Khamis.

Conley turut memaklumkan bahawa Presiden AS dan isterinya akan tinggal di White House semasa tempoh kuarantin.

"Pasukan perubatan White House dan saya akan terus berjaga-jaga. Saya menghargai sokongan yang diberikan oleh beberapa profesional dan institusi perubatan terhebat di negara kita," ujar Conley.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!