X

Kindly register in order to view this article
!

Muda gesa kuarantin individu pulang dari Sabah, zon merah

Muda menerusi Twitternya menggesa supaya kerajaan mewajibkan kuarantin selama 14 hari terhadap semua individu yang pulang dari Sabah dan zon merah.
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggesa supaya kerajaan mewajibkan kuarantin selama 14 hari terhadap semua individu yang pulang dari Sabah dan zon merah.

Dalam ciapan di Twitter rasmi parti itu, Muda mendesak agar langkah tersebut dilaksanakan kepada semua tanpa mengira status dan pangkat.

“Jangan kerana politik, seluruh negara sengsara, #empatbelas,” ciap Muda di laman Twitternya di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka yang pulang dari Sabah dan diuji negatif bagi Covid-19, tidak bergejala serta tiada kontak rapat dengan individu disahkan positif, tidak diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Semalam, Dr Noor Hisham memaklumkan, kebanyakan penularan kes jangkitan Covid-19 di Semenanjung dikesan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September.

Setakat ini, sekurang-kurangnya terdapat dua kluster yang dikesan di Semenanjung termasuk Kluster Bakawali di Johor yang kes indeksnya mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 63 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini dari 20 September lalu mempunyai sejarah pulang dari negeri itu.

Sehingga semalam juga, negara mencatatkan sebanyak 259 kes baharu jangkitan tempatan dengan kes aktif meningkat ke 1,334 kes.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!