X

Kindly register in order to view this article
!

Simpanan, pelaburan,sama tetapi tidak serupa

Konsep pelaburan ialah seperti kita pokok yang tumbuh dan membesar, akhirnya memberi pulangan kepada kita dalam bentuk buah dan bunga.
A
A

Sebagai pelajar, anda mungkin mempunyai sumber pendapatan yang terhad namun ia bukanlah alasan untuk tidak mengurus wang dengan bijak.

Mengurus wang dengan bijak termasuklah memastikan wang yang anda terima dapat terus berkembang nilainya. Caranya ialah dengan melaburkan wang anda. Ingat, lebih awal anda melabur, lebih besarlah wang yang boleh dikumpul.

Namun, kesilapan kecil yang sering dilakukan dalam mengurus wang ialah anda gagal memahami perbezaan antara menyimpan dan melabur.

Kesilapan kecil ini sering ramai yang gagal dalam misi membina kekayaan. Namun ia sebenarnya amat mudah untuk dibetulkan jika anda memahami perbezaan antara keduaduanya.

Simpanan

Simpanan adalah apabila anda memperuntukkan sebahagian wang untuk disimpan dan diletakkan di tempat yang selamat seperti dalam tabung dan akaun simpanan di bank.

Wang yang disimpan hanya bertambah sekiranya anda menambahnya. Sebagai contoh, wang saku yang disimpan setiap hari telah terkumpul sebanyak RM100 dan disimpan ke dalam akaun simpanan di bank.

Jumlah itu akan kekal selagi ia tidak ditambah kerana wang dalam akaun simpanan tidak menerima dividen yang besar, biasanya hanya sekitar satu peratus atau kurang daripada itu.

Jadi apabila sudah bekerja kelak, wang perlu dibiarkan dalam akaun simpanan ialah wang yang anda perlukan untuk perbelanjaan bulanan diri dan keluarga.

Pelaburan

Berlainan dengan konsep pelaburan, wang yang dilaburkan berpotensi untuk berkembang kerana ia berpotensi menerima pulangan lebih tinggi.

Sebagai contoh, apabila anda melabur RM100 dalam ASB, dengan anggaran purata dividen tahunan ialah 5%, anda akan menerima dividen sebanyak RM5, menjadikan modal anda bertambah kepada RM105. Jika melabur sebanyak RM500 pula, anda akan menerima dividen sebanyak RM25.

Untuk melabur, anda tidak perlu menunggu sehingga mempunyai duit banyak. Jumlah kecil boleh dikembangkan dengan syarat anda berdisiplin dan melabur secara konsisten untuk tempoh yang panjang.

Oleh itu, jangan lupa untuk melaburkan wang yang anda simpan dalam tabung setiap kali tabung anda penuh.

Jika inginkan membeli sesuatu, ambil 10 peratus daripadanya dan selebihnya laburkan dengan segera ia boleh terus bertambah dari tahun ke tahun.

Untuk maklumat lanjut sila klik pautan www.asnb.com.my


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!