Selangor Mega Job Fair 2020 ditangguhkan

Mohd Khairuddin Othman
Mohd Khairuddin Othman
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan menangguhkan penganjuran Program Selangor Mega Job Fair 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 3 dan 4 Oktober ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Exco Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman berkata penangguhan itu mengambil kira nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Selangor Task Force Covid-19 (STFC) berikutan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Menurutnya, kes kumulatif Covid-19 di negeri ini meningkat kepada 2,007 termasuk 13 kes tempatan.

Beliau berkata Program Selangor Mega Job Fair 2020 menerima pendaftaran berjumlah 8,150 secara dalam talian

"Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan sehingga ke hari ini, khususnya JobsMalaysia Negeri Selangor," katanya.

Terdahulu, Petaling merekodkan kes Covid-19 paling tinggi apabila mencatatkan tujuh kes baharu daripada 13 kes keseluruhan di Selangor.

Dalam pada itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi kenyataan memaklumkan kes baharu menunjukkan peningkatan berbanding semalam menjadikan jumlah keseluruhan iaitu 2,284 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor Mega Job Fair sedia 5,000 peluang kerja

Artikel Berkaitan: