Majlis doa selamat SPRM Ke-53 dalam normal baharu

Majlis doa selamat SPRM Ke-53 diadakan di Masjid Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam tadi.
Majlis doa selamat SPRM Ke-53 diadakan di Masjid Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam tadi.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 100 jemaah menghadiri Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ke-53 di Masjid Zainal Abidin di sini malam tadi.

Program itu dihadiri Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM, Datuk Seri Shamsun Baharin Mohd Jamil, pengarah-pengarah bahagian dan negeri serta pegawai-pegawai kanan SPRM. Jemaah turut menunaikan solat mengikut normal baharu.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin diikuti bacaan doa selamat oleh Imam Besar Masjid Zainal Abidin, Wan Mohd Hazim Wan Mohd Hashim. Beliau kemudian mengimamkan solat Maghrib dan disusuli dengan solat hajat.

Program diteruskan dengan ceramah Mencari Keberkatan Dalam Hidup yang disampaikan oleh Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkiply Muda.

Sambutan kali ini berbeza daripada tahun sebelumnya apabila jemaah menunaikan solat mengikut normal baharu susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Malah, masing-masing perlu menjalani pemeriksaan suhu badan, memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri.

Artikel Berkaitan: