FAS pilih guna nama Selangor FC

Pemain The Red Giants yang memperkuatkan cabaran Selangor pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. - Foto FA Selangor
Pemain The Red Giants yang memperkuatkan cabaran Selangor pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. - Foto FA Selangor
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) mahu terus mengekalkan nama Selangor FC dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim akan datang,

Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, pengekalan nama Selangor FC itu dilihat selaras dengan proses penswastaan yang dilaksanakan terhadap semua pasukan dalam saingan Liga-M mulai musim depan.

“Kita akan terus gunakan nama Selangor FC sebagai nama rasmi dan mengekalkan The Red Giants sebagai nama gelaran pasukan Selangor. Tidak banyak yang kita lakukan buat masa ini termasuk bagi proses penjenamaan, cukup sekadar memenuhi syarat.

“Ini kerana jika diikutkan pihak kami bercadang untuk melakukan proses penjenamaan ini dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, skuad Gergasi Merah akan menggunakan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya sebagai gelanggang rasmi mereka bagi mengharungi saingan Liga-M musim 2021.

“Kelulusan menggunakan stadium berkenaan telah diperolehi daripada pihak MBPJ. Bagaimanapun, kami masih belum dapat mengesahkan gelanggang rasmi bagi skuad Selangor 2 buat masa ini.

“Lagipun, kita sendiri tidak tahu bilakah Selangor akan kembali beraksi di Stadium Shah Alam kerana difahamkan kerja-kerja pembaikan di stadium berkenaan bukan hanya melibatkan bumbung, tetapi turut melibatkan infrastruktur lain,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: