Masa terbaik Harimau Kumbang lakar sejarah tersendiri

Pemain Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).
Pemain Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).
A
A
A

PEMAIN-pemain Harimau Kumbang diminta memanfaatkan sepenuhnya peluang beraksi di Stadium Bandaraya menentang Kelantan United malam ini dengan keazaman tinggi untuk meraih mata maksimum dalam misi mencipta sejarah tersendiri dalam melabuh baki saingan Liga Premier musim ini.

Menurut Penolong Jurulatih Pulau Pinang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, status pendahulu liga dengan kelebihan tiga mata masih belum memberikan sebarang jaminan kepada skuad Harimau Kumbang itu sekiranya pemain mengambil sikap sambil lewa dalam dua baki perlawanan terakhir.

"Alhamdulillah syukur, sasaran kita untuk layak ke saingan Liga Super 2021 sudah tercapai seperti ditetapkan pengurusan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) biarpun pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi skuad Harimau Kumbang berikutan pandemik Covid-19.

"Kami barisan kejurulatihan diketuai coach Manzoor Azwira Abdul Wahid amat gembira dengan komitmen dan kesungguhan diberikan dalam kalangan pemain-pemain Pulau Pinang dalam mengharungi baki saingan musim ini.

"Jadi dengan baki dua perlawanan bermula dengan aksi menentang Kelantan United di laman sendiri diikuti aksi penutup tirai liga menentang Terengganu FC II di laman lawan, kini semua terletak di dalam diri pemain-pemain Harimau Kumbang untuk menghadiahkan satu lagi kegembiraan kepada pengurusan khasnya penyokong setia.

"Apapun biarpun Pulau Pinang kini berkelebihan tiga mata mendahului liga, namun kita jangan sesekali memandang mudah keupayaan lawan dalam dua perlawanan ini terakhir ini," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: