X

Kindly register in order to view this article
!

Banci 2020 fasa kedua secara bersemuka di Sabah ditangguhkan

Mohd Uzir Mahidin
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Perangkaan menangguhkan pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020) fasa kedua secara bersemuka di seluruh negeri Sabah dan penyesuaian semula bagi pelaksanaannya akan dimaklumkan kemudian.

Pesuruhjaya Banci 2020, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, keputusan itu diambil berikutan pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di negeri tersebut bermula 3 hingga 16 Oktober ini.

“Berdasarkan status terkini itu juga, penyelia dan pembanci yang dilantik di Sabah tidak perlu hadir bertugas sepanjang tempoh Pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah manakala latihan bagi pembanci di Sabah yang dijadualkan bermula dari 1 hingga 5 Oktober turut dihentikan berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam kenyataan malam ini.

Bagaimanapun, Mohd Uzir yang juga Ketua Perangkawan berkata, pelaksanaan Banci 2020 di negeri-negeri lain diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu Operasi Pembancian di Lapangan Banci 2020 dan tertakluk kepada pemakluman dari semasa ke semasa.

Banci 2020 fasa kedua iaitu pengumpulan data secara bersemuka akan dilaksanakan dari 7 hingga 24 Okt ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah mulai 12.01 tengah malam 3 Okt hingga 16 Okt.

Menurut beliau, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini, kekal berkuat kuasa seperti biasa. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!