Mourinho harap Southgate 'tidak gasak' bintang Tottenham

Kane antara aset penting Tottenham Hotspur pada saingan musim ini.
Kane antara aset penting Tottenham Hotspur pada saingan musim ini.
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mahu Pengurus England, Gareth Southgate untuk lebih menghormati Harry Kane dan pemain The Spurs lain ketika memanggil tugasan bersama The Three Lions.

Menurut pengendali dari Portugal berusia 57 tahun yang bertugas bersama orang nombor dua Southgate, Steve Holland semasa di Chelsea, percaya kedua-dua pengendali itu sememangnya mengambil perhatian berkenaan keadaan pemain-pemain England.

"Saya percaya mereka tidak akan mengambil sebarang risiko yang boleh memberi impak negatif kepada pemain-pemain dalam ketiga-tiga perlawanan berkenaan yang sememangnya berintensiti terutama melibatkan pemain Tottenham.

"Jadi saya tidak mahu membicarakan perkara ini dengan Southgate atau pun Holland yang juga rakan baik saya semasa di Chelsea. Saya akan biarkan mereka berdua melakukan tugasan masing-masing.

"Cumanya saya berharap Southgate dan Holland memahami situasi sebenar yang dihadapi pemain Tottenham sepanjang minggu ini - saya tidak akan menelefon apatah lagi merayu kepada mereka.

"Jadi saya menyerahkan kepada kebijaksanaan dan rasa hormat kedua-dua mereka dalam menguruskan pemain The Spurs," katanya.

Kane kapten England berusia 27 tahun membarisi kesebelasan untuk Tottenham dalam ketiga-tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini termasuk mengambil penentuan sepakan penalti menentang Chelsea pada saingan Piala Liga juga aksi Kelayakan Liga Europa sebelum itu.

Pada masa sama Mourinho berharap penyerang utama Tottenham itu tidak terlalu kerap digunakan dalam kesebelasan utama England.

Artikel Berkaitan:

"Apabila Kane cergas secara tidak langsung dia juga akan berada dalam kesebelasan utama Tottenham tapi ini tidak berlaku semasa menentang Chelsea.

"Jadi apabila anda memiliki pemain seperti Kane, pastinya anda mahu menang dalam setiap perlawanan, namun ada ketikanya anda tidak mampu melakukannya," katanya.

Kane bersama dua pemain The Spurs, Eric Dier dan Harry Winks pada hari ini dijangka dinamakan dalam senarai skuad Southgate untuk tiga perlawanan di laman sendiri dalam tempoh tujuh hari menentang Wales, Belgium dan Denmark.