Semua mesyuarat dan persidangan UMNO ditangguh serta-merta

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

SHAH ALAM - Semua mesyuarat dan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Bahagian UMNO ditangguhkan serta-merta berikutan kes koronavirus (Covid-19) yang semakin meningkat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan itu dibuat atas arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan saya agar memaklumkan bahawa semua Mesyuarat Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Bahagian mestilah ditangguhkan serta-merta.

"Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berpandangan yang sama.

"Ini disebabkan kes covid-19 yang mencecah kepada 260 pada hari ini, kedua tertinggi sejak penularan," kata Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad berkata, beliau juga berpandangan bahawa ahli parti tidak boleh mengambil risiko sekiranya tidak mahu UMNO dipersalahkan.

"Penangguhan itu adalah sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Arahan ini mestilah dipatuhi. Terima kasih atas kerjasama semua pihak. Keselamatan rakyat adalah tanggungjawab kita bersama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO bincang hala tuju parti dalam MT

Artikel Berkaitan: