X

Kindly register in order to view this article
!

Syarikat produksi berhutang dengan Istana Budaya diseru tampil

Istana Budaya - Foto Portal Rasmi Istana Budaya
A
A

KUALA LUMPUR - Istana Budaya menyeru syarikat produksi yang masih berhutang dengan institusi itu dan kini “menghilangkan diri” agar tampil bagi mencari jalan penyelesaian terbaik yang boleh menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Zaiton Md Desa berkata, pihaknya menghadapi masalah untuk menghubungi syarikat produksi terbabit apabila surat yang dihantar dikembalikan manakala pejabat pula telah dikosongkan.

Istana Budaya akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi mencari jalan menyelesaikan perkara ini, katanya kepada Bernama selepas sidang media Rapsodi Malaysia Bersama Okestra Tradisional Malaysia, di sini hari ini.

"Bagi pihak produksi yang masih boleh dihubungi, kita akan panggil dan duduk bersama mereka untuk membuat perbincangan dari hati ke hati tentang cara untuk mereka selesaikan hutang mereka.

"Kita tidak mahu membebankan mereka, kita faham masalah mereka dan juga dengan keadaan ekonomi sekarang," katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!