Saya hanya ingatkan rakyat duduk di rumah: Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham menyampaikan statistik jangkitan pada sidang media berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
Dr Noor Hisham menyampaikan statistik jangkitan pada sidang media berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan ciapan yang dimuat naik olehnya awal pagi tadi sebagai mengingatkan semula rakyat agar tinggal di rumah sekiranya tiada keperluan di luar.

Menurutnya, perkara (peringatan) itu bukan suatu yang baharu dilakukannya.

"Perkara itu bukan perkara baharu. Sekali lagi saya nasihat rakyat Malaysia yang tidak ada urusan penting dinasihatkan duduk di rumah," katanya.

Beliau berkata, sekiranya ada urusan penting di luar rumah, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) perlu dititikberatkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Noor Hisham beri bayangan PKP semula

"Itu tujuan utama saya 'tweet', hanya memperingati rakyat Malaysia untuk duduk di rumah kalau tiada urusan penting," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Awal pagi tadi, Dr Noor Hisham memuat naik ciapan 'how about all stay at home for a while again'.

Status itu menyebabkan pengguna media sosial membayangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula.

Artikel Berkaitan: